Followers

Wednesday, February 1, 2017

BERPINDAH



ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA...

DUNIA BUKU MASSHAH AKAN BERPINDAH KE BLOG DI ATAS, SEGALA CERITA DUNIA BUKU MASSHAH AKAN DI SANA...KESULITAN AMAT DIKESALI...

SILA MAMPIR!

Sunday, January 29, 2017

Sajak: Teman Yang Tak Mengecewakan




Teman Yang Tak Mengecewakan

Buku itu teman setiaku
tatkala aku ditinggal Sang Kekasih Hati
teman berbual bicara
teman meninjau mengembara ke serata
teman berfikir menajam minda
ia tak pernah mengecewakan
ia sangat setia...sungguh
kesetiaanya padu.

Buku itu teman setiaku
setelah kepenatan membanting tulang
mengerah kudrat empat keratku
menatapnya menenangkan 
setiap detik dan waktu
setianya tak pernah pudar
di mana pun ku pergi
ia tetap setia menunggu aku

Ia teman yang tak pernah mengecewakan.

Masshah
30hb 01 2017
Meru.

Teman Yang Tak Pernah Mengecewakan





Teman yang tak pernah mengecewakan...

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ


Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta” [Al-‘Alaq 96: 1]

Saturday, November 5, 2016

Belian Bulan November 2016

Kedai buku Sinar Bistari tempat biasa untuk mencari buku-buku yang dibeli setiap bulan. Kini sudah bertukar nama Kedai Buku BOOK2U.


Buku-buku pilihan bulan November 2016, enam buah dari penerbitan berlainan.


Tiga buah buku pilihan anak perempuan.


Tiga buku pilihan anak lelaki.


JOM TERUS MEMBACA!

Saturday, October 29, 2016

Wednesday, July 6, 2016

Sunday, May 1, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016





Pesta Buku 2016 (29 April-9Mei 2016)


Pihak kami bekerjasama dengan syarikat pengangkutan awam Nadi Putra telah menyediakan Servis shuttle bas untuk ke Pesta Buku dari 4 laluan utama;

Laluan 1: KTM Serdang – MAEPS – KTM Serdang

Laluan 2: LRT Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil

Laluan 3: ERL Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya

Laluan 4: IOI City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya

Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.00 pagi – 9.30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan 9.00 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15-20 minit.

Tambang minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut.

Bagi pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda boleh menggunakan bas laluan 501 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL 2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS.

DEMI MASA